Senaman untuk menguatkan otot punggung amat penting untuk menjaga kekuatan dan keseimbangan tubuh . Jika anda termasuk dalam kategori antara mereka yang menghabiskan masa seharian duduk di pejabat, kebarangkalian anda mempunyai otot punggung yang `tidur' dan lemah & amat perlu untuk melakukan senaman punggung. Sebagai bonus, memiliki otot punggung yang kuat juga akan mmbuatkan posisi anda menjadi lebih baik.
Rajin Buat Booty Butt Workout atau Senaman Otot Punggung !!
Terdapat 3 jenis otot pada punggung iaitu
Ketiga-tiga otot ini penting untuk membentuk punggung yang bulat, padat dan cantik . Gerakkan bahangian tubuh anda terutamanya kawasan yang menumpukan pada otot punggung dan peha selama 15 minit atau 8 set.Squats
Squats adalah senaman punggung untuk menguatkan otot punggung dan peha. Anda perlu berdiri dengan kaki terbuka ( lebih lebar daripada bahu anda ) . Pastikan kepala dan punggung tetap lurus & bengkokkan lutut anda dan bawa kedudukan punggung ke bawah hampir mencecah lantai. Jangan biarkan lutut anda terkeluar daripada selaras dengan kedudukan jari kaki, Tahan seketika, kemudian luruskan kembali lutut serta kembali untuk posisi berdiri. Lebih rendah kedudukan punggung menghampiri lantai, adalah lebih baik kerana ia benar-benar merangsang ketiga-tiga otot punggung - Medius, Maximus & Minimus untuk bekerja. Jika anda hanya merendahkan punggung sekadar paras peha , adalah berkemungkinan anda tidak merangsang ketiga-tiga otot punggung ini tetapi hanya sekadar merangsang otot di bahagian peha.
Jumping Squats
Jumping Squat adalah aktiviti di mana anda melakukan squat tetapi berbeza dengan squat kerana anda bukan sahaja berdiri dan melakukan squat, malah turut melompat untuk kembali ke posisi berdiri yang asal. Kaedah ini adalah lebih berkesan dan membakar lebih banyak kalori berbanding dengan squat. Selain itu anda akan lebih banyak berpeluh dan ianya amat mebantu untuk membuang toksik di dalam tubuh melalui peluh dan lebih banyak lemak yang dibakar berbanding Squat.
Latihan Jumping Squat yang konsisten selama 4 minggu, 3 kali seminggu akan menghasilkan
badan seta punggung yang lebih montok , mantap, kemas dan menawan. Sebagai permulaan, otot-otot punggung dan peha yang tidur mulai terbangun dan menjadi kuat.
Semakin meningkat usia, kekuatan otot di bahagian kaki, peha dan punggung akan menjadi semakin berkurangan, Dengan sentiasa melakukan Jumping Squats atau Squat, anda membantu membangun dan menguatkan otot-otot kaki, peha dan punggung di seluruh tubuh . Sebagai bonus, anda akan memiliki ' thigh gap ' atau jarak peha dalaman yang amat diidami oleh ramai wanita supaya kelihatan seksi.
No comments:
Post a Comment