Kepentingan Menjaga Faraj & Liang Rahim
Liang rahim atau liang Vagina yang mengeluarkan bau yang tidak disukai, berbau busuk & gatal-gatal, amat meresahkan kaum wanita ,khususnya para isteri-isteri di luar sana.
Perkara seperti ini jika dibiarkan boleh mengurangkan kemesraaan suami isteri. Si isteri pasti akan merasa rendah diri,malu & bimbang .
Tahukah anda, sebenarnya, ramai wanita yang mengabaikan penjagaan organ rahim & faraj
disebabkan oleh kesibukkan hari-hari bekerja atau seringkali menggunakan bahan-bahan yang berasaskan kimia sebagai pencuci vagina mereka.
Faktor-faktor berikut mengikut amalan orang-orang dahulu haruslah ditiik-beratkan untuk penjagaan dalaman & luaran wanita :
- Mengawal Pemakanan Tertentu
- Menjaga Kebersihan Terutamanya pada bahagian Vagina dan laluan liang rahim
- Mengamalkan minuman herba @ jamu
Orang -orang terdahulu sentiasa mengingatkan anak gadis mereka akan kepentingan menjaga bahagian intim & dalaman wanita bermula dari peringkat apabila si anak gadis mula menginjak ke usia remaja, mengalami haid @ datang bulan dengan pantang larang tertentu yang menjadi ikutan nenek-moyang mereka.
Faktor Mengawal Pemakanan Tertentu
Sebaiknya wanita haruslah menjauhi beberapa jenis makanan ini jika menghadapi masalah faraj atau liang rahim berbau :
- Petis ( otak udang ) atau makanan yang mengandungi bahan tersebut
- Belacan atau makanan yang mengandungi bahan ini
- Mencampurkan dua jenis lauk dari daging lembu dengan ikan kering menjadi 1 lauk pada makanan
- Jenis makanan dari tempoyak
- Petai & Jering
- Terlalu banyak memakan bahan bergula kerana gula menggalakan pembiakkan candida & yeast di dalam badan,
Faktor Kebersihan
Selepas membuang air kecil, adalah amat penting untuk memastikan kebersihan Faraj dan kawasan di sekitarnya agar sentiasa sihat, tidak mudah dijangkiti kuman & bakteria, & agar tidak menimbulkan bau yang tidak diingini,
Pastikan seluar dalam yang dipakai adalah sentiasa di dalam keadaan kering & bersih ketika dipakai. Selalulah menukar seluar dalam yang dipakai selalu setiap hari kerana wanita juga adakalanya berpeluh di bahagian faraj walaupun sedikit,
Air basahan cucian selepas membuang air kecil haruslah dilap dengan kering di kawasan faraj sebelum pemakaian seluar dalam.
Petua Amalan Orang Dahulu Untuk Menjaga Keperawanan Faraj
Ambil beberapa helai daun sireh ( 10 - 20 helai ), & rebus dengan sebotol air bersih sehingga mendidih.
Selepas air mendidih, ambil air tapisan dari rebusan tadi ( lebih kurang 1/2 cawan ) untuk diminum, dan bakinya bolehlah digunakan bersama air bersih sewaktu mencuci bahagian faraj sewaktu membuang air kecil @ mandi.
Amalkan petua ini setiap hari .
Mengamalkan Memakan Herba , Akar Kayu & Jamu
Ramai wanita zaman dahulu yang mengamalkan amalan meminum jamu mengikut petua nenek moyang zaman dahulu.
- Herba & Akar kayu seperti manjakani, kacip fatimah, sepang ,gederang , kunyit ,amat penting diamalkan untuk menjaga dalaman & luaran wanita.
- Mengamalkan memakan daun kemangi sebagai ulam
- Minum air rebusan belimbing air,buah pinang tua & daun sireh . Caranya dengan mengupas buah pinang & diambil isinya sahaja & dikukur atau dihiris nipis. Masukkan kesemua bahan belimbing air, daun sireh & buah pinang yang dikisar halus kedalam periuk bersama air. Rebus sehingga mendidih & ditapis untuk mengambil airnya.Amalkan meminum setiap malam. InsyaAllah badan akan menjadi ringan, faraj & juga liang rahim bukan sahaja menjadi bersih & sihat malah lebih kerih, ketat & juga dapat menguatkan otot di sekitar faraj.
No comments:
Post a Comment