Petua & Tips Mencantikkan Payudara
Sudah pasti anda mahukan Petua dan Tips untuk mencantikkan payudara. Manakan tidak, Payudara Wanita adalah di antara Anugerah terindah Ilahi untuk semua wanita, yang juga merupakan aset terpenting buat wanita.Memiliki payudara yang bukan sahaja besar,tegang,cantik dan montok adalah menjadi idaman semua wanita. Namun, tidak semua wanita memiliki payudara yang indah dan cantik. Banyak faktor yang mempengaruhi keremajaan payudara seseorang wanita.
Antaranya adalah faktor penjagaan dalaman dan luaran payudara, faktor pemakanan , senaman dan pemakaian bra yang betul dan konsisten.
Anda yang ingin memiliki payudara yang tegang,indah,besar ,cantik dan montok bolehlah mencuba petua dan tips ini.
Tips Payudara Cantik 1 : Menggunakan Ghee atau Minyak Sapi
Pada yang tidak mengetahui apa itu Ghee, ghee adalah sejenis minyak daripada lemak susu lembu atau sapi yang telah melalui proses perebusan tertentu atau `boiled and clarified' . Ghee banyak digunakan di dalam kaedah perubatan Ayuverda kerana dipercayai mengandungi pelbagai khasiat,zat & lemak yang bermanfaat dan juga boleh dijadikan pemangkin untuk keberkesanan herba dan perubatan yang digunakan di dalam perubatan Ayuverda.
Ghee dipercayai amat baik digunakan kerana Ghee mempunyai tahap pemanasan yang tinggi apabila dibakar berbanding dengan minyak lain. Tidak seperti minyak lain , molekul-molekul dari Ghee tidak mudah bertukar menjadi molekul lain dan juga tidak mudah teroksida apabila suhu panas atau dibiarkan dengan lama begitu sahaja. Ghee juga mempunyai khasiat lain serta anti-inflamasi.
Hmm jangan terkejut & tidak hairanlah kan kenapa harga Ghee di pasaran amat mahal jika dibandingkan dengan mentega jenis lain di pasaran. Tetapi anda haruslah berhati-hati apabila membeli Ghee di pasaraya kerana kebanyakkan Ghee yang murah mempunyai kandungan campuran bahan sintetik.Bace label dan isi kandungan di tin dengan betul kerana banyak Ghee di pasaran adalah sintetik !! Anda haruslah memastikan anda menggunakan Ghee yang 100 % kandungannya adalah daripada lembu / sapi sahaja dan bukannya kandungan sintetik untuk disapu di payudara anda!!
Urutkan Ghee yang telah dicairkan di payudara anda setiap malam sebelum tidur, dan anda akan merasakan payudara anda semakin mekar, penuh ,pejal serta montok.
Tips Payudara Cantik 2 - Petua Menegangkan Payudara
Kebanyakkan wanita yang telah bersalin, pastinya mengalami masalah payudara menjadi kendur dan tidak bermaya seperti masa dahulu. Jangan risau . Anda boleh mencuba petua ini.
Ambil beberapa helai daun sireh. Sapukan minyak kelapa ( sebaiknya yang dibuat sendiri ) ke atas daun sireh itu. Layurkan di atas api lilin,Kemudian,tekapkan daun sireh itu pada payudara dan biarkan ia mengering. Lakukan berulang kali.
Petua ini dipanggil sebagai ` Petua Sayang Suami ' oleh orang tua-tua dahulu. Caranya dengan mengupas setengah biji labu & masak sehingga ia lembik. Ramas labu itu ketika ia masih lagi suam 7 sapukan ramasan labu tersebut pada seluruh payudara.Ambil beberapa helai daun sireh. Sapukan minyak kelapa ( sebaiknya yang dibuat sendiri ) ke atas daun sireh itu. Layurkan di atas api lilin,Kemudian,tekapkan daun sireh itu pada payudara dan biarkan ia mengering. Lakukan berulang kali.
Lakukan ia selama 20 minit ,2 kali seminggu. Kandungan protein dan zat di dalam buah labu dipercayai dapat membantu memperbaharui sel-sel kulit payudara yang baru . Labu kaya dengan antikoksida, Beta Carotene & Vitamin A manakala bijinya pula mengandungi khasiat gamma-tocopherol serta Vitamin E yang amat baik untuk kulit payudara & wajah.
Khasiat daripada labu ini juga dipercayai dapat menjadikan tisu sel di sekitar payudara lebih tegang, halus & anjal. Kulit di sekitar payudara juga akan menjadi awet muda jika dilakukan amalan ini selalu.Boleh juga dicampurkan hasil rebusan labu tadi dengan labu, susu dan madu kemudian diminum setiap 2 kali sehari.
No comments:
Post a Comment